Hubungan Dua Hala | Menteri Luar Arab Saudi adakan lawatan rasmi ke Malaysia

2022-06-07 0

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan menerima kunjungan Putera Faisal bin Farhan sempena lawatan rasmi dua hari Menteri Luar Arab Saudi itu ke Malaysia.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, kedua-dua menteri itu akan mengadakan mesyuarat dua hala bagi merangka hala tuju hubungan Malaysia-Arab Saudi yang sudah sedia kukuh.